Saturday, June 27, 2009

Satu Hari...


Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam dan setiap minit masa berlalu tanpa menunggu kita... Sedar tak sedar, sudah 1 tahun 6 bulan aku hidup dalam mengejar satu impian... Ia bermula dengan satu sumpah yang aku lafazkan pada ketika aku berumur 19 tahun... setelah aku mengenali sedikit sebanyak tenyang diri sendiri... "Aku bersumpah aku akan menjadi JUTAWAN TERMUDA dan akan beri sebuah rumah dan sebuah kereta kepada pakcik2 yang dah bersusah payah besarkan aku...". Bermula dari tarikh itu, usaha bermula dengan mencari ilmu tentang bisnes dan kewangan sebanyak yang mungkin.... Aku mula tetapkan matlamat aku untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun dan bersara dari kerja pada usia 40 tahun... Kini, target aku beubah... Aku Nak mengumpul ASET berjumlah RM 1 000 000 pada usia aku mencecah 30 tahun... Masih pada matlamat yang sama, tetapi konteks yang berbeza... kerana aku sedar, nilai wang semakin mengecil setiap hari, tetapi nilai aset seperti hartanah, meningkat setiap tahun...
Masa untuk berusaha... Setiap hari, sebelum tidur, aku pejam mata dan impikan apa yang aku nak....


Aku memahami satu perkara....
Jika kita hendak mencapai sesuatu yang berbeza, kita perlu menggunakan jalan yang berbeza...
Kerana setiap jalan ada destinasi masing2...

"PILIHAN DITANGAN KITA"


No comments:

Post a Comment